Sabtu, 22 September 2012
ANTARA AKU,KAU&DIA
Sudah menjadi sifat semula jadi,gurlz biasanya manja dan sentiasa mahu dibelai dan berdampingan dengan orang yang disayanginya,you all juga tentu mahu selalu ada di sisi boyfriend,kan?
Tapi,tak semestinya boyfriend you all juga berfikiran begitu.Boyz biasanya punya lebih banyak aktiviti untuk dilakukan bersama-sama sahabat selain berkepit 24 jam dengan you all sahaja.Tapi,apakah maknanya kalau 'sahabatnya' tu adalah di kalangan gurlz juga?
SAHABAT ATAU KEKASIH GELAP
Keserasian akan timbul jika dua orang sahabat mempunyai persamaan tingkah laku atau minat yang sama.Persamaan itulah yang membuatkannya lebih suka hang out dengan sahabat berbanding you all.
Kalau sahabatnya tu boyz,pastilah you all okay sahaja,kan? Tapi kalau gurlz,rasa macam something wrong pula.Lebih-lebih lagi kalau dia baru saja menjalin persahabatan tu selepas couple dengan you all.Hah,itu dah dinamakan orang ketiga!
SAHABAT BARU VS SAHABAT LAMA
Tapi kalau dia sememangnya dah rapat dengan gurlz tu sejak sebelum couple dengan you all lagi,macam mana? Hmm,kalau dalam situasi begini,maknanya you all-lah orang baru dan akan merasa lebih terancam berbanding sahabat boyfriend you all tu.
Jangan bertindak terburu-buru.Kalau memang si dia dah bersahabat degan gurlz tu lebih lama daripada you all,tak ada sebab you all nak suruh dia putuskan hubungan.
Persahabatan yang telah terjalin lama punya ertinya yang tersendiri kepada semua orang.Kalau you all memaksanya memutuskan persahabatannya,samalah seperti you all tidak menghargainya langsung.Macam mna kalau perkara tu berlaku ke atas diri you all?
Elakkan cemburu buta dan cuba rapatkan diri dengan sahabatnya tu.Bila dah kenal barulah you all tak fikir yang bukan-bukan.Begitu juga sebaliknya.
Tapi harus diperhatikan juga tingkah laku sahabatnya tu.Kalau selalunya keluar beramai-ramai dengan boyfriend you all,tak mengapalah.Tapi kalau selalu keluar makan dan menonton wayang berduaan saja,itu sudah lebih.Memang patutlah you all bertindak.
KONGSI
Berkongsi boyfriend dengan sahabat-sahabatnya memang sukar,apatah lagi kalau sahabatnya tu gurlz.Tapi you all perlu terima hakikat dan tidak boleh ego serta tamak.Dia juga punya kehidupan lain selain bersama you all sahaja.
Tapi,Yezz!Yakin,satu masa nanti you all akan rasa terancam juga dengan kedudukan you all yang berada di tengah-tengah tu.Sabar.. kalau betul you all tak tahan,ceritakan saja kepadanya yang you all tidak suka bersaing.Tapi jangan melenting.Mungkin si dia juga tidak perasan bahawa dia telah menduakan you all sebelum nie.Maklumlah,boyz nie kurang peka.
Lagi satu,kalau you all tak suka berjumpa dengan sahabat-sahabatnya,jangan memaksa diri.Takut you all semakin tertekan setiap kali bertemu they all dan terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian boyfriend you all.
Pertahankan hubungan you all selagi boleh.Setiap kali keluar dengan si dia,curahkan seluruh perhatian untuknya.Tapi kalau si dia asyik menangkan sahabat sahaja,lebih baik suruh si dia bercinta dengan sahabatnya sahaja!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan